Tuesday, October 27, 2009

Aku? Bos?

Hari ni, aku dapat phone call dari bos aku. Sepatutnya today, last day dia kerja kat sini. Tapi, alasan pulak kata ada assignment nak kena disiapkan. Dia drop-by kejap and tinggalkan access card for cark park and kunci ofis dlm mail box. So, aku yang sememangnya tengah blur2 nih, pun tak tahu apa untung nasib company nih. Sedihnya...

Sepatutnya, bos aku tuh tinggalkan office dengan baiklah. Properly handed over semua keje, nih tidak, tinggalkan hanya kesan tapak kasut. Sebelah side dari Germany pun senyap aje. Takde bagi kata apa2. Yang aku jugak jadi mangsa keadaan. Apa berlaku selepas nih semua jadi tanda tanya. What to do next? Aku betul2 tak tahu. Hati aku rasa tak sedap...

Mungkinkah company nih jugak akan gulung tikar? Seperti yang telah berlaku pada company kat singapura itu? Takpelah...mungkin bukan rezeki aku lagi. Apa yang pasti, aku malas nak fikir benda2 yang menyakitkan kepala aku. Sekiranya itu terjadi, aku serahkan kepada Illahi...Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat aku. Aku hanya insan kerdil yang tak punya apa2. Aku hanya punya Tuhan, Allah tempat aku bersandar dan tempat aku mengadu...Ya Allah, tenangkanlah hati aku yang bergelora nih. Amin...

Thursday, October 15, 2009

Lanjutan dari I feel down today...

Perasaan aku nih aku sedari dah lama, aneh rasanya. Macam serba tak kena, hati tak tenteram aje memanjang...Ditambah pulak perisa bos aku nak resign, jadi tak keruan aku nih. Balik keje semalam lewat, hubby aku dh amik anak sebab dia balik awal semalam. Sampai umah, bagi cadangan kat suami makan kat luar, KFC. Sebelum tuh, memasing duk leka tengok national geographic kat tv1 sampai waktu maghrib dah dekat nak habis. Memasing saling nak suh orang nih sembahyang dulu. Penyudahnya, suami aku sembahyang dulu. Yang anak aku pulak, terberak pulak...Dh keje nak bersihkan dulu berak dia tuh...Abis basuh berak dia, anak aku buat perangai tanak pakai pampers. Aduhai...solat pun lum buat lagi, apa lagi naik angin aku dibuatnya...Entahlah...

Takde masalah nak cari masalah...Mungkin silap diri sendiri. Kalau buat keje tak bertangguh, pasti keja selesai dengan cepat...Tp, tulah...sikap tuh susah nak ubah. Ada aje alasan. Penghabisnya aku duk tension sengsorang...Nangis kat suami, cerita yang aku pressure...Dia pujuk aku...Sayang ngat kat suami aku. Sabar sungguh melayan perangai aku yang tak hape nih. Lepas abis nangis-nangis tuh, aku treat diri aku dengan makan sedap, KFC. Kekadang, kena pampered jugak diri nih. Yelah, tak boleh bagi pressure sangat, takut ada fius tercabut, lagi susah.

Balik umah, aku yang tengah weng-weng nih, tidur dulu. Anak aku sibuk main sengsorang, ayah dia sibuk duk melayan. Aku memang letih, otak aku jammed and badan aku sungguh kepenatan. Bangun balik dalam kul 2 pagi. Buat sembahyang solat sunat taubat, mohon taubat kepada Allah...Then, buat solat Isyak. Pehtu, aku baca Quran, baca surah Al-Baqarah dengan terjemahan. Terus aje tenang dan damai aje jiwa yang bergelora tuh. Sampai satu ayat tuh, aku terus aje stop. Terkesan dengan bait-bait ayat tuh. Alhamdulillah...aku rasa tenang sangat...

Pagi nih pulak, masuk ofis, terus surf website Quran Explorer. Sambil dengar bacaan Al-Quran, aku baca terjemahan. Alhamdulillah...aku rasa tenang sangat2. Betul, aku tak tipu. Mungkin, sebelum nih jiwa aku kosong. Bila dengar bacaan Al-Quran, terisi jiwa yang kosong tuh. Teringat aku dengan sepotong ayat, yang entah mana aku baca aku pun tak ingat, lebih kurang ginilah ayatnya "Bukan perut aje perlu diisi dengan makanan, malahan jiwa kita juga perlu diisi dengan makanan berupa ayat-ayat Al-Quran, supaya jiwa kita tenang dan aman...

******************************************
Sebelum nih, dalam previous post, aku ada cakap yang aku ada janji perlu dilaksanakan. Ya, aku berjanji untuk berubah aka aku nak berhijrah. Mungkin penghijrahan aku nih mengambil masa tetapi aku berjanji untuk berubah. Dan, Allah Amat Mengasihi dengan orang yang suka membuat perubahan ke arah kebaikan. InsyaAllah...

Wednesday, October 14, 2009

I feel down today...

Entahlah...sejak dari bos aku kata nak resign tuh, aku dh mula duk rasa tak sedap hati. Semua yang aku buat semua jadi serba tak kena, tak menentu aje dibuatnya. Pehtu, aku ada luahkan perasaan hati aku nih pada suami, mak and kak sue, masih lagi perasaan tuh camtuh gak. Kenapa aku rasa 'down' sangat wehh??? Can somebody please help me, how can I get rid of this feeling that I feel lately???

Aku sempatlah bagi sepatah dua kata kat bos aku tuh i.e. timbunan advice aku kasi kat dia. But, dia dah made his own decisian and its final, kata dialah...So, aku diamkan ajelah. Dalam hati, sedih gak, dia seorang bos yang baik. Life has to go on, eventhough its turn upside down. Aku kena naikkan semula semangat bekerja aku. Pandang pada anak aku...pandang pada diri sendiri. At least, habuan akhir bulan, menyedapkan hati aku yang tengah gundah gulana nih.

********************************
Aku berazam pada diri aku, tanak cari bahan gosip buat modal bercerita. Cukup2 lah tuh. Aku rasa, zaman muda belia dah berakhir. Suami aku kekadang pun tak paham ngan aku, suka aje surf internet baca kisah2 artis itu ini, seronok agaknya baca kesengsaraan orang. So, sekarang aku dah berazam nak ubah tabiat buruk aku tuh. Aku nak berubah ke arah kebaikan. Menjaja cerita orang hanya mengundang dosa...lagipulak kalau aib orang didedahkan. Aku teringat pesan wan aku "Kalau kita jaga aib orang, di akhirat kelak, Allah akan tutup aib kita". So, aku sekali lagi nak ingatkan diri, bertaubat kepada Allah atas dosa-dosa yang dilakukan, serta jangan mengulanginya lagi...
*********************************
Anak aku, Aisyah dan setahun dua bulan. Pejam celik-pejam celik, masa berlalu terlalu pantas. Tak sedar anak yang dulu aku lahirkan kini dah pandai berjalan, riuh dengar suaranya ketika ketawa dan nyaring suara dia ketika menangis. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kurniaan Allah. Mama doakan Aisyah, anakku agar selamat di dunia dan akhirat. Amin. InsyaAllah, janji aku kepada Allah akan aku lakukan satu persatu...

Thursday, October 8, 2009

Berita sedih yang ku terima...

Pagi tadi, masa aku duk sibuk menggosok baju, aku bercerita kepada suami tentang mimpi yang aku alami...Aku mimpi manager aku berhenti...Dalam mimpi tuh jugak, aku bermimpi yang aku terpaksa bekerja teruk selepas bos aku resign i.e. kena balun dengan orang atasan kat germany sana...Tapi, itu adalah mimpi semata-mata...

Dalam perjalanan aku ke ofis, aku menerima satu lagi berita sedih. Tapi, yang ini real punya. Aku menerima perkhabaran tentang kematian saudaraku, iaitu 'ya' telah dijemput Illahi malam semalam...Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah koma dua hari. Yang paling menyedihkan, beliau telah meninggalkan dua orang cahaya mata i.e. seorang sebaya dengan anak aku, 1 tahun setengah dan seorang lagi berumur 23 hari. Beliau meninggal semasa dalam pantang. Beliau meninggal akibat demam panas yang berpanjangan serta kena sawan. Dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa paru-paru beliau telah dijangkiti kuman dan otak beliau juga dijangkiti kuman. Innalillahiwainnailaihirajiun...

Kemudian, berita yang aku mimpi pula menjadi kenyataan. Benar, manager aku berhenti. Tamparan yang maha hebat untuk aku pada hari ini.

Apapun, hidup perlu diteruskan. Tuhan lebih menyayangi saudaraku itu...Sudah semestinya suatu hari nanti, aku juga dijemput oleh Illahi, cuma belum pasti bila. Doaku agar kau bersemadi dengan aman disana. Amin...Dan, keputusan manager aku berhenti juga adalah ketentuan Illahi. Setiap manusia diuji oleh Tuhan dengan bermacam dugaan. Doakan yang terbaik sahaja...

Wednesday, October 7, 2009

Mencari Kerja...

Biasanya, kalau sampai ofis awal and kebetulan time tuh takde rush job, aku pun apa lagi duk mencari2 kerja kosong yang sesuai dengan aku. Kalau boleh, aku prefer bidang kerja yang sama...lagipun, serasi dengan buat2 kerja nih.

Dah 3 tahun aku kat company nih. Memang aku banyak dapat ilmu yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah, bos aku setakat nih, semua baik2...cumakan, bila dah 3 tahun duk kat sini, dengan tak merasa increament, aku rasa cam tak bestlah...Yelah, kita kerja mestilah nak dapat imbuhan. Lagi rasa seronok bekerja sekiranya kita dapat kenaikan gaji. Makin bertambah rajinlah pekerja tuh. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku. Dan, aku bersyukur seadanya yang aku masih bekerja. At least, bila tiba hujung bulan, bila teragak nak makan sesuatu, tak payah pikir dua tiga kali...menderu terus pergi.

Apa yang penting bagi aku, aku tak putus asa dalam menghadapi hidup ini. Aku teruskan perjuangan hidup. Aku percaya, dengan usaha aku yang kecil ni, boleh membuatkan kehidupan aku lebih selesa ketika usia tua nanti. Dan, mungkin juga sebagai suatu petanda yang Tuhan nak tunjukkan pada aku supaya lebih berjimat-cermat. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama lama jadi bukit.

Setakat nih, aku bukanlah dari kategori perempuan yang suka membazir duit tak tentu hala tuju. Sebelum aku beli sesuatu yang aku rasakan tak berfaedah, aku memang akan berfikir beribu kali. Aku biasanya teringat anak kat umah...Susu dia cukup ke, atau pampers tuh cukup sampai sebelum aku dapat gaji ke...macam tulah selalunya...Bagi aku, biar aku tak puas makan, janji anak kat umah tak kebuluran...Biasalah, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya...

Aku juga percaya...apa yang berlaku ini tersembunyi hikmahnya. Mendidik aku supaya lebih bersabar, tenang dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Lebih ramai orang yang lebih susah dari kita...bersyukur aje dengan pemberianNya...

Penama EPF

Syukran...setelah banyak kali berfikir, aku dengan nekadnya telah berjaya meletakkan penama dalam EPF aku. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Bukan banyak pun duit dalam EPF aku tu, tapi, sekurang-kurangnya, ada jugalah untuk anak, suami dan ibu aku kalau sekiranya aku terlebih dahulu dijemput Illahi. Bukan kita mempercepatkan ajal kita, tapi, beringatlah sebelum kita menyesal. Ajal maut ditangan Tuhan. Mungkin esok, lusa dan masa depan, tiada siapa yang tahu.

Sepanjang 6 tahun bekerja, pelbagai nasihat dan pengalaman orang yang lebih tua menyedarkan aku tentang banyak perkara. Aku berfikir dan renungkan segala nasihat baik buruk semuanya aku teliti satu persatu. Apa yang penting, kebajikan keluarga diutamakan. Aku tak mahu, kalau aku tiada di dunia ini, hidup anak aku tak terjaga atau tak terbela. Bak kata orang-orang tua yang masih aku pegang hingga kini, hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana melarat.

Aku kini berazam untuk membeli rumah dengan menggunakan pendapatan sendiri. Bukan mahu menunjuk-nunjuk jauh sekali mahu mendabik dada, tapi, masa depan siapa yang tahu. At least, anak-anak aku ada tempat untuk berteduh sekiranya apa-apa terjadi padaku. Rumah tuh pulak, perancangannya mahu diletakkan ke atas nama aku seorang. InsyaAllah, jika izin dari Allah, perkara itu akan terjadi tak lama lagi...

Wallahualam...

Sunday, October 4, 2009

5th October 2009

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi, kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. Aku masih diberi peluang untuk bertaubat, beramal ibadat dan melakukan kebaikan serta kebajikan...

Sejak pulang dari berhari raya di kampung suami, kini tibalah masanya melawat dan menziarahi sanak saudara sebelah aku. Walaupun, raya tahun ni agak sukar sikit (gaji tak masuklah, bonus pun takde)...aku menyambut Syawal dengan gembira sekali bersama suami dan anakanda yang tercinta. Sebenarnya, aku dh buat preparation awal2. Aku macam dh dapat agak gaji masuk lambat n bonus takde nih, jadi, koreklah mana2 bank yang masih berduit tuh. Aku nak anak aku bergembira di hari raya. Lagipula, Syawal sepatutnya diraikan dengan suasana penuh meriah dan gembira...Tak mahulah ada pula yang bergenang air mata...

Memang menjadi amalan dalam keluarga aku...Sebelum menjelang Syawal, persiapan memang dilakukan seawal mungkin bagi mengelakkan ketiadaan budget. Contohnya, 2 atau 3 bulan sebelum raya, aku dah start menyimpan. Jadi, masalah budget tuh, boleh diatasi. Disebabkan aku dh mempunyai anak, aku pun, buat persiapan tuk si kecil tuh dahulu. Untuk aku dan suami, lewat skit pun takpe. Tapi, prinsip aku, raya mesti ada baju baru. Tak kisahlah walaupun sepasang aje.

Ini berdasarkan pengalaman hidup seseorang yang aku kenali (tak perlu disebut nama, aib orang jgn dibuka) menjadi iktibar buat diri aku. Dia merupakan sahabat karib aku, kami kenal ketika sama-sama belajar di IPTA. Banyak cerita pahit manis dikongsi bersama. Namun, apa yang paling mengharukan aku adalah, hari raya baginya sama sahaja. Kemeriahan berhari raya menjadi hambar sejak dari usia kanak-kanak lagi, hanya kerana keluarga tidak berkemampuan untuk membeli baju raya walaupun sepasang untuknya. Sepanjang aku kenali beliau, mempunyai sikap yang amat bersabar serta berbudi bahasa. Ketika kanak-kanak lain bergembira di pagi Syawal bergaya dengan baju baru, beliau hanya memakai baju harian biasa. Setiap kali menjelang raya, merupakan detik yang tidak mungkin dilupakan. Sedang adik-beradik lain merengek meminta baju baru kepada kedua ibubapanya, dia pula menahan diri daripada meminta, sebab ibubapa akan memberitahu dia mereka takde duit. Si adik beradik lain seronok berbaju baru, dia pula berbaju biasa.

Kini, beliau lebih berjaya daripada adik-beradik yang lain. Setiap hari raya, beliau boleh membeli baju sendiri lebih daripada sepasang...Alhamdulilllah...



So, moral of the story kat sini...kepada ibu dan ayah kat luar sana...hari raya merupakan hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira oleh kanak-kanak. Jagalah hati kesemua anak kita. Kalau seorang dapat baju baru, sepatutnya adik-beradik yang lain pun berbaju baru. Itu aje...

Thursday, August 27, 2009

Hikmat mengerjakan solat sunat Dhuha...

Lama tak update. Tak de modal nak cerita, and bila idea mula datang kembali, aku pun apalagi...layan...

Ok, this time aku nak bercerita mengenai hikmat dalam mengerjakan solat sunat dhuha. Daripada kajian yang aku jalankan (experiment kat diri sendiri dulu, sebelum menghebahkannya). Sebelum tuh, suka untuk aku ingatkan, dalam mengerjakan sesuatu, sememangnya kita mengharapkan agar apa yang kita impikan/inginkan akan dapat (kalau boleh lagi cepat lagi bagus). Tetapi, haruslah diingat, kita kena datangkan keyakinan dahulu dalam diri bahawa sesuatu yang berlaku ada sebab-musababnya.Dan, kena ingat, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Keyakinan penting sekali. Kemudian, ikhlas dalam mengerjakannya. Tidak bersikap sambil lewa dan putus asa. Dalam apa jua keadaan, hati kena bersih, berdisiplin dan rajin melakukannya.

Kenapa aku pilih solat sunat dhuha sebagai amalan?
Pertama-tamanya, kerana nasihat dari seorang jiran aku kepada pakcik aku. Tak perlulah aku namakan siapa penasihat terbabit. Tetapi, aku dapat lihat keikhlasan beliau ketika itu. Kedua, pengajaran yang aku ambil daripada sebuah akhbar tempatan (aku dh tak ingat tarikhnya). Dalam akhbar tersebut menceritakan tentang pesanan terakhir seorang abang kepada adiknya - menjaga solat fardhu dan rajin-rajinlah buat solat sunat dhuha. Ketiga, seorang pelajar yang lulus cemerlang dalam setiap peperiksaan. Semuanya akan aku kupas seperti dibawah...

Apa hikmah disebalik solat sunat dhuha?
Bagi menghuraikan persoalan diatas...pertama-tama, solat sunat ini bertujuan memohon kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki kita dalam erti kata lain - bidang kerja. Contohnya, pakcik aku berkelulusan tinggi. Tapi, entah kenapa berat sungguh rezeki beliau. Walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak, beliau masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil. Alhamdulillah, berkat daripada kesabaran dan keyakinan beliau kepada Allah SWT, kini beliau boleh tersenyum bangga. FULLSTOP. Aku tak nak cerita lebih detail.
Kedua, pesanan terakhir seorang abang kepada adiknya. Kenapa beliau bersungguh2 menyuruh adik beliau melakukan solat sunat ini? Kerana solat ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Iaitu solat ini merupakan kekuatan kepada manusia.
Ketiga, seorang pelajar yang lulus CEMERLANG dalam setiap peperiksaan. Bukan lulus cukup makan, tetapi lulus CEMERLANG - anugerah dekan. Rahsia beliau, rajin melakukan solat sunat dhuha.

Aku telah melakukan eksperimen ke atas diri sendiri. Alhamdulillah, kerja yang rumit menjadi mudah. Dan, sales untuk office aku menjadi-jadi...

************************************
Bacaan doa solat sunat dhuha (dibaca selesai solat):-
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adlaah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu, kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...Amin.
sebar-sebarkanlah perkara yang baik untuk kesejahteraan umat Islam...

Wednesday, August 12, 2009

Semalam punya cerita...

Semalam, aku balik lewat skit dari kebiasaan, sebab technician datang repair machine ofis. Biasalah technician import, kena ikut jadual keje dia. Dan...jadual dia sangatlah padat.

Semalam, entah kenapa angin aku tak berapa elok. Semua gara-gara aku terlalu membanding-bandingkan kerjaya aku yang tak setaraf kelulusan ini. Mulalah aku dah buat assumption yang bukan2 sehinggakan menyebabkan dada aku tersangatlah sesak and kepala aku naik berdenyut2. Inilah akibatnya daripada orang yang banyak sangat tak ada keje yang dibuat dan terlalu berfikir. Kesudahannya, sendiri tanggung sakit.

Berbalik semula kelewatan aku keluar dari ofis, after selesai semua kerja-kerja merepair, aku pun terus aje balik umah. Malas nak singgah kedai beli makanan. Keluar ngan hubby after Isyak terus. Tak tahu nak makan apa. Everyday menu yang sama, sampai ada certain kedai makan kami tak jejak lagi. Because terlalu muak ngan masakannya itu. So, planning punya planning, aku ngan hubby serbu kedai mamak kat area umah aku tuh. Kami suka kedai tuh coz, maggi goreng yang dibuatnya sedap sangat. And, milo ais sangatlah menyengat. Orang putih2 kata ada kicklah...

Kat hujung depan kedai makan tuh, ada satu famili nih. Mulanya aku tak perasan, sebab sibuk nak cari seat baby tuk anak aku. Then, baru aku terperasan bahawa kesemua tiga seat tuh telah diconquer oleh sebuah famili nih. Jadi, aku sengih sorang2 cam kerang busuk sebab malu melilau cari seat tuh. Tapi, satu yang aku perasan pada famili nih...jarak anak terlalu dekat2 dan daripada pengamatan aku, mereka tuh dalam lingkungan keluarga sederhana sahja. Aku nih kan orang yang sensitif...tengok dari segi pakaian diorang, kesian sangat. Dah jadi kelabu asap campur keperang-perangan. Pastu, anak kurus sangat. Mak kepada budak2 tuh pulak, nampak cam tak berapa sihat sangat. Sang ayah pulak, sibuk melayan anak2 nak makan, pun kurus melidi dengan tangan berbalut...mungkin accident kot.

So, bila tengok keadaan mereka, aku jadi insaf. Kat sini moral of the story..."Jangan compare rezeki kita dengan orang di atas, sebaliknya tengok orang yang di bawah kita. Semoga kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Sebab, Allah dah tetapkan rezeki kita masing2. Dan aku mohon semoga Allah cukupkan rezeki yang diberikan ini. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah..."


- Moral of the story : Sebelum tuh (before kuar umah) after solat Maghrib, aku berdoa semoga Allah tambahkan rezeki aku. Tak salah nak minta Allah tambah rezeki, tapi kekadang, manusia jadi tak bersyukur pulak. Jadi, Allah petunjuk kat aku. Dan aku lebih sedar diri kini...

Beginilah hidupku...

Aku semakin bosan dengan rutin harian aku nih. Setiap pagi...aku kena bangun seawalnya, prepare itu ini. Then, bergegas pulak ke ofis yang sejauh 1 jam setengah dari rumah. Pastu, sampai ofis, belum habis hilang lelah...terkejar-kejar pulak nak buat keje ofis. Balik pulak, confirm dekat maghrib. Then, kemas lagi itu dan ini. Kalau tak larat, aku biar aje semua bersepah...dan esok aku mulakan hari semula seawal pagi bereskan keje.

Nasib baik, aku ada anak...penyeri hidup aku. Suara kuat (confirm ikut aku) dan tangisan manja dia buat semua masalah dan penat aku hilang. Kadang2 seakan faham dengan aku, anak aku datang peluk aku. Cair hati aku dibuatnya. Tapi, kalau nakal dia datang...semua benda nak diselongkar dan semua dibawa ke mulut. Sayang Aisyah...

Kalau ikut perancangan asal, tinggal 27 tahun untuk aku bekerja (before retirement age). Kalau boleh (sihat tubuh badan dan badan masih kuat), aku nak terus bekerja. Banyak sebab kenapa aku nak terus bekerja...selain hidup lumayan dan terjamin, aku juga nak buat macam mana pengorbanan mak aku pada anak2 dia. Mak aku...kalau ikutkan sekarang dh boleh hidup senang lenang. Semua disebabkan dia bersusah payah dahulu dan alhamdulillah, sekarang mak aku jauh berubah hidup dia. Aku tumpang gembira.

Mak aku dulu, sanggup ikat perut, semata2 nak sekolahkan aku tiga beradik. Dan tak lupa juga, sumbangan dari ayah aku. Namun, pengorbanan mak aku...hanya mampu dibayar dengan kasih sayang aku yang tak berbelah bahagi. Mak aku, orang yang selalu ingatkan aku supaya menabung, bila emergency, at least ada duit sorok2 yang boleh dicekau. Mak aku, orang yang suruh aku amanah bila bab berhutang. Alhamdulillah...aku tak pernah miss bayar hutang belajar. Sekarang, aku boleh tersenyum bangga...Mak aku, orang yang ajar aku kuat semangat dan tabah menghadapi hidup. Dan...dialah ratu hatiku. Mengubah diri aku menjadi seorang yang lebih optimistic, realistic serta bla...bla...bla dalam hidup nih.

Aku bangga menjadi anak mak...

Wednesday, August 5, 2009

Influenza A (H1N1)

Bahaya sungguh penyakit pendemik nih...Kalau tak jaga betul2, boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda penyakit nih pun nampak sama dengan demam biasa. Contohnya demam, batuk, selesama...lain2 tanda contohnya sakit kepala, sakit2 badan, muntah2 dan cirit birit. Setakat hari ini, dh seramai 13 kematian dilaporkan. And, aku paling sedih bila kanak2 seusia 3 tahun menjadi mangsa kepada wabak nih...Biasanya, kalau lambat ambil precaution, jangka hayat dalam seminggu aje...Sedihnya.

Baru-baru nih...anak aku demam. Punyalah risau. Bawa pergi klinik, alhamdulillah demam badan tak teruk mana, and doktor cakap gusi anak aku membengkak, that's why dia demam...Syukur...And, skrg aku pulak rasa tak sihat. Selesema ada, tapi, batuk takde. Cuma sakit tekak adelah. Tapi, aku pening and sakit2 badan. Pergi check kat doktor semalam, doktor suh aku jumpa dia balik next Monday. Malasnya akuuuu...Tengoklah...mungkin aku gi GH aje.

Actually, aku sebelum nih, ada low blood pressure. Pening kepala cam nak pitam dibuatnya. Kurang darah dalam badan. Doktor suh aku banyakkan makan iron, hurmm...kekadang aku terlupa aje nak makan ubat. Konon2 sibuk. Then, bila petang2 skit, mulalah aku rasa cam nak pitam...pastu, bila naik tren ramai orang, mulalah aku rasa cam rimas dan lemas. Bunyi bingit suara orang belum campur bunyi tren...aduihhh...kalaulah rumah aku dekat. Masa tuh, terbayang2 depan mata bantal kat umah aku beserta tilam toto yang empuk lagi sejuk...

Oklah, aku rasa cam nak berehat dulu. Kepala aku dh mula start berdenyut2 menandakan aku dah mula ke tahap pening. Then, aku terbayangkan surau yang sejuk tuh...ta ta...

Monday, August 3, 2009

4th August 2009 - Hargai Hidup Ini...

Lama tak update. Takde masa and tak ada modal, that's why menyepi. Kali nih, aku nak publish entry 'Hargai Hidup Ini'. Mungkin agak skema, tp, ini adalah motivasi tuk diri aku sendiri. Dan aku buat blog nih pun bukan tuk tatapan orang lain, its basically for me...

Aku masih ingat lagi bait-bait lirik kumpulan Nasyid Rabbani...Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:-

i. Sihat sebelum sakit
ii. Muda sebelum tua
iii. Lapang sebelum sempit
iv. Kaya sebelum miskin dan
v. Hidup sebelum mati

Related with my life.
i. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang aku masih sihat. Cuma, mungkin sedikit lelah dengan kerja harian di rumah dan di pejabat. Thanks to lovely hubby (helped me a lot with house chores) and so far...i managed to do everything on my own.

ii. Skrg pun, tgh dalam peringkat muda lagi. Dan...mungkin aku sikit lagi nak masuk alam 'tua' - pelupa...Hmmm...mungkin banyak sangat minum air bersemut atau terlalu banyak makan pun boleh buat seseorang gelap hati dan pelupa.

iii. Alhamdulillah...hidup aku tak terbeban dengan hutang. Tp, tak tahulah in future, aku hidup berhutang pulak. Setakat hutang PTPTN tuh, aku masih bayar lagi. Lagipun, kalau katalah aku mati, suami aku atau penjamin aku tak terbeban dengan hutang PTPTN aku tuh. Setiap peminjam dilindungi dengan insurans. Mungkin hidup aku tak semewah orang lain, tapi, nikmatnya tak berhutang...hanya aku yang dapat rasai...Alhamdulillah, syukur kepada Illahi.

iv. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Nak kata mewah, tak juga. Nak kata miskin, tak juga. Hidup aku sederhana sahaja. Dan aku harap ia berkekalan begini. Teringat sepotong ayat daripada sebuah hadith "Barangsiapa yang menjaga solat 5 waktunya setiap hari, nescaya Allah akan melapangkan dan mencukupkan rezeki bagi mereka"...

v. Yang ini, memang aku tak dapat nak relatedkan. Coz, hidup kita semua dalam kekuasaan Allah SWT. Mungkin pada hari ini masih hidup, keesokkannya telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Cuma, jadilah hamba yang mentaati segala suruhan dan tinggalkan segala laranganNya. Maha Suci Allah, ampunilah aku yang banyak berbuat dosa kepadaMu.


***************************************

Dulu, aku amat berbangga dengan pencapaian aku, namun aku tak sedar bahawa ramai lagi yang jauh lebih hebat daripada diri aku. Dan, ada masanya aku merasakan diri aku jauh ketinggalan dari belakang daripada orang lain. Aku malu...namun kini aku sedar, jangan mudah berputus asa. Manusia yang dilahirkan di dunia ini adalah sama sahaja. Yang membezakan setiap mereka adalah usaha dan pengalaman hidup. Jadi, aku tak mahu lagi menoleh ke belakang bimbang akan terus hanyut. Kini, aku mahu pandang ke depan...Aku ingin menjadi manusia yang berusaha untuk mencapai setiap kejayaan.

Monday, July 13, 2009

11th July 2009 - Kenduri Doa Selamat - Menu Nasi Minyak Terengganu

Last saturday, Wan ada buat kenduri kat umah keramat. Kenduri doa selamat, tuk dua orang makcik aku yang sekarang tengah sarat mengandung dan menunggu masa tuk meletup. So, Wan minta tolong daripada aku tuk masak masakan Terengganu iaitu "nasi minyak".

Nasi minyak Terengganu nih pun sebenarnya aku baru belajar dari mak mentua aku. Masa tuh, aku tengah sarat mengandung gaklah. So, aku pun dengan terujanya belajar daripada mak mentua aku semua tips2 tuh siap aku tulis resepi tuh dalam 'kitab masakan' aku...

First time aku buat utk keluarga besar aku, terus mereka semua jatuh cinta (biasalah orang kl suka mencuba makanan baru apatah lagi yang sedap2 nih). Time tuh, aku just buat tuk 1kg ayam n nasinya aku buat 6 pot aje. Menjelang petang, habislah keseluruhan nasi minyak tuh hanya tinggal kerak2 nasi yang sikit2. Tp, laki aku yang biasa makan sedap2 tak berapa puji masakan aku, katanya tak berapa kick berbandaing masakan aku buat kat umah adik lelaki aku sebelum nih.

So, Wan and Atuk aku puaslah pujuk aku suh buat nasi minyak tuh. Aku, suka juga cabaran2 nih. Walaupun aku tahu besar kemungkinan tak sedap, tapi aku buat jugaklah. Sebabnya tak sampai hati nak tolak permintaan Wan and Atuk aku yang beria-ia suh aku buat...

Seawal pagi jam 11 dekat tengahari gak, aku pun sibuk menyediakan menu tersebut. Aku buat gulai ayam (guna rempah cap ros, alah, resepi ada kat belakang plastik), acar and nasi. Ayam tuh, atuk aku beli sebanyak 5 ekor ayam. Nasi pulak, aku kena buat 21 pot. Acar tuh, buat adalah semangkuk besar cukuplah tuk purata 40-50 orang makan.

So, aku buat acar dulu...Aku buat acar timun. Orang KL kata menda nih jelatah tapi laki aku cakap panggilan kat Terengganu pulak acar. Disebabkan kerja berpasukan, maka acar tuh sekejap ajelah dapat dibuat. Terus aje simpan dalam peti sejuk.

Then, laki aku siap2 tolong buat tungku kat luar rumah tuk masak gulai ayam. Rasanya lagi sedaplah sebab guna dapur kayu. Kalau guna dapur gas umah kita tuh, memang sedap gak tapi lebih mengancam dan terangkat kalau guna dapur kayu. Settle, semua orang berpuas hati ngan hasil masakan aku n hubby.

Nasi pulak buat last sekali, coz kalau buat awal2, nanti nasi sejuk n jadi tak sedap. Jadi, aku dah awal2 sediapkan bahan2 tuk buat nasi. Pakai minyak sapi lagi terasa keenakkan nasi tuh.

Malam tuh, ramai gak memuji kesedapan nasi minyak terengganu tuh. Alhamdulillah. Maknanya selera kita semua samalah. Next time, aku nak buat nasi dagang pulak. Tuh, kena tunggu aku balik beraya di kampung terengganu dulu. Sebab, belum pakar lagi...heheheh...
Gambar takde sebab chef cook takde masa nak snap pic. Sibuk n kelam-kabut nak cepat siapkan...

Friday, July 10, 2009

Being a faithful wife...appreciate with what you have.

Sejak dari waktu muda lagi, aku suka berfikir. Kritis dan kreatif (cewah, ayat perasan). Tp, itulah aku. Dulu, diary...kini blog. Dulu, cerita pasal kasih sayang, hidup, masa depan, cintan-cintun dan lain2. Kekadang, naik malu nak baca balik dairy aku tuh. Macam minah2 perasan n jiwanglah pulakkan...Kini, masih lagi yg sama, aku tak boleh ubah diri aku. Buat apa nak ubah, inilah uniknya aku. Buat apa nak jadi orang lain, jadilah diri sendiri. Baru pure...

Semakin umur meningkat, semakin matanglah fikiran, tapi matangkah aku??? Nak buat keputusan pun, punyalah susah melainkan sesuatu yang aku rasakan pentingnya seperti antara hidup dan mati, eheheheh...Kini, aku ada suami untuk buat keputusan, baik tak aku? Isteri solehah, amin...

Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan suami aku. Terima kasih Ya Allah. Pertemuan yang tak disengajakan bermula ketika kami sama2 dalam perjalanan ke Johor. Antara aku dan suami, kami ada keserasian atau orang putih2 kata 'chemistry'. Dia menghargai diri aku dan menerima kekurangan aku seadanya. Keluarga dia pun 'sporting' belaka. Jadi, mungkin dah tersurat jodoh aku dengannya, kami diijabkabulkan. Kemudian, lahirlah Wan Nur Aisyah sebagai lambang cinta aku dan suami.

Aku berdoa agar bahtera rumahtangga yang dibina kekal sehingga nafas kami yang terakhir dan...mungkin hanya maut yang dapat memisahkan kami. Cintaku adalah milik suamiku, KAMA...

Thursday, July 9, 2009

10th July 2009 - I loves being me...

Penyakit Anxiety. Ye, itulah salah satu penyakit jiwa yang telah melanda banyak manusia di dunia yang semakin komplex ini. Penyakit2 seperti ini berlaku oleh kerana cara atau gaya hidup moden ditambah2 pulak dengan hidup dalam suasana mencabar serta banyak persaingan. Aku tanak bagi komen banyak, senang cerita, bagi penderita seperti ini, ubat penenang adalah sangat penting supaya kewarasan akal dan kesihatan mereka terjamin. Dan, mereka tak boleh berhenti makan ubat tuh sesuka hati. Sebab penyakit ini mungkin boleh berulang lagi.

Kebiasaannya, penderita penyakit ini terdiri dari orang yang suka menyimpan masalah dalam diri mereka. Jadi, apabila banyak sangat masalah datang bertimpa-timpa menyebabkan bom jangka mereka meletus. Dan kemeletusan itu telah menyebabkan mereka boleh bertindak atau melakukan pelbagai perkara diluar batasan. Tanda-tanda mereka yang mengalami penyakit seperti ini adalah sukar lelapkan mata atau terlebih banyak tidur, suka berfikir bukan2, rasa berdebar2, rasa diri tak berguna, tak suka bergaul dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, penderita penyakit tak perlulah rasa malu dan hakikatnya ramai yang mengalami penyakit ini. Mungkin ada jugak yang malu dan tanak mengakui penyakit ini. (Tak dapek den nak bantu)...Spesis orang seperti ini adalah manusia 'sombong'. Enough said.

So, dalam hal ini, kita kena berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Bukankah Al-Quran itu diturunkan sesuai untuk manusia sehingga akhir zaman? Sebenarnya, penyakit ini datang untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah SWT. Hakikatnya, ramai yang terlepas pandang dan tidak menyedarinya. Namun, alhamdulillah dan syukur kepada mereka yang menyedarinya. Apabila Allah turunkan penyakit, ini bermakna Allah menyuruh kita mengingatiNya. Menjalani segala arahan dan perintahNya. Aku sendiri, bila baca Al-Quran, rasa tenang, selesa dan aman...Itulah hikmahnya bagi yang membaca Al-Quran...

Aku bila datang masalah bertimpa2, sayu dan hiba hati. Mulut nak bercerita pada orang, tapi, hanya menambahkan lagi luka di hati apabila respons yang diberi agak mengecewakan. Bukan semua orang boleh mendengar masalah kita. Masalah memang seharusnya dikongsi dengan orang untuk mengurangkan rasa terbeban di hati, namun pilihlah orang yang sesuai. Tp, bila masalah masih tak dapat diselesaikan walaupun setelah berkongsi dengan orang lain, dekatkan diri dengan Allah, Yang Maha Pencipta. Itulah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Maha Suci Allah...Tuhan sekalian alam...

Anyway, penyakit ini bukanlah kategori penyakit gila. Ia adalah lebih menjurus kepada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Jadi, kepada sesiapa yang diluar sana yang mempunyai keluarga penyakit seperti ini, berilah mereka perhatian yang sewajarnya. Sebab, kajian mengatakan mereka ini mempunyai riwayat hidup yang pendek. Hargailah mereka sementara masih ada...at least bila mereka dah tiada, kenangan indah bersama mereka menjadi pengubat ketika rindu...

"Memang lumrah perangai manusia, bila senang dan kaya ramai datang menghimpit, tapi apabila sesuatu musibah datang semua bertempiaran lari...semoga aku bukanlah dikategori mereka yang melarikan diri. Aku tidak kaya tetapi kaya dengan kasih sayang...alhamdulillah".

Wednesday, July 1, 2009

2nd July 2009 - manusia bernama aku...

Enjoying every moment of life to the fullest. Aku, sihat...My husband, he's doing fine. My daughter she's now learning things day by day. Tired loh, she's eager to learn everything. And I found happiness here...where I feel that I belong to the family.

Apply cikgu tak dapat-dapat. Bukan rezeki lagi. Tak semestinya jadi cikgu, lain-lain keje pun boleh aje menjamin masa depan. Tak ape, Mama Aisyah tak kisah...As long, EPF aku 'jalan' and at least dapatlah menjamin masa tua aku, alhamdulillah...

Aku bekerja, suka-suka. Dapat bayar PTPTN...tinggal 10 years jek lagi. Every month aku bayar, tak pernah miss. Aku tak suka tangguh2 bayar hutang. Dapat beli baju and mainan anak. Duit aku laki tak pernah kaco. Best ke keje? Oklah, daripada duk kat umah. Belajar tinggi2, duk kat umah aje buat apa.

Kat umah, semua dh complete, alhamdulillah. Hutang takde, hati tak risau...Tidur lena malam2. Aku takde masalah. Kekadang aje masalah datang. Sendiri buat masalah, adalah. Hmmm...manusia tak pernah puas. Aku ingat kat Tuhan. Aku sayang Allah. Aku tak sempurna, tapi aku try nak jadi sempurna. Tapi aku sedar, kesempurnaan tuh milik Allah.