Hari ni, aku dapat phone call dari bos aku. Sepatutnya today, last day dia kerja kat sini. Tapi, alasan pulak kata ada assignment nak kena disiapkan. Dia drop-by kejap and tinggalkan access card for cark park and kunci ofis dlm mail box. So, aku yang sememangnya tengah blur2 nih, pun tak tahu apa untung nasib company nih. Sedihnya...
Sepatutnya, bos aku tuh tinggalkan office dengan baiklah. Properly handed over semua keje, nih tidak, tinggalkan hanya kesan tapak kasut. Sebelah side dari Germany pun senyap aje. Takde bagi kata apa2. Yang aku jugak jadi mangsa keadaan. Apa berlaku selepas nih semua jadi tanda tanya. What to do next? Aku betul2 tak tahu. Hati aku rasa tak sedap...
Mungkinkah company nih jugak akan gulung tikar? Seperti yang telah berlaku pada company kat singapura itu? Takpelah...mungkin bukan rezeki aku lagi. Apa yang pasti, aku malas nak fikir benda2 yang menyakitkan kepala aku. Sekiranya itu terjadi, aku serahkan kepada Illahi...Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat aku. Aku hanya insan kerdil yang tak punya apa2. Aku hanya punya Tuhan, Allah tempat aku bersandar dan tempat aku mengadu...Ya Allah, tenangkanlah hati aku yang bergelora nih. Amin...
Tuesday, October 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment