Sunday, October 4, 2009

5th October 2009

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi, kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. Aku masih diberi peluang untuk bertaubat, beramal ibadat dan melakukan kebaikan serta kebajikan...

Sejak pulang dari berhari raya di kampung suami, kini tibalah masanya melawat dan menziarahi sanak saudara sebelah aku. Walaupun, raya tahun ni agak sukar sikit (gaji tak masuklah, bonus pun takde)...aku menyambut Syawal dengan gembira sekali bersama suami dan anakanda yang tercinta. Sebenarnya, aku dh buat preparation awal2. Aku macam dh dapat agak gaji masuk lambat n bonus takde nih, jadi, koreklah mana2 bank yang masih berduit tuh. Aku nak anak aku bergembira di hari raya. Lagipula, Syawal sepatutnya diraikan dengan suasana penuh meriah dan gembira...Tak mahulah ada pula yang bergenang air mata...

Memang menjadi amalan dalam keluarga aku...Sebelum menjelang Syawal, persiapan memang dilakukan seawal mungkin bagi mengelakkan ketiadaan budget. Contohnya, 2 atau 3 bulan sebelum raya, aku dah start menyimpan. Jadi, masalah budget tuh, boleh diatasi. Disebabkan aku dh mempunyai anak, aku pun, buat persiapan tuk si kecil tuh dahulu. Untuk aku dan suami, lewat skit pun takpe. Tapi, prinsip aku, raya mesti ada baju baru. Tak kisahlah walaupun sepasang aje.

Ini berdasarkan pengalaman hidup seseorang yang aku kenali (tak perlu disebut nama, aib orang jgn dibuka) menjadi iktibar buat diri aku. Dia merupakan sahabat karib aku, kami kenal ketika sama-sama belajar di IPTA. Banyak cerita pahit manis dikongsi bersama. Namun, apa yang paling mengharukan aku adalah, hari raya baginya sama sahaja. Kemeriahan berhari raya menjadi hambar sejak dari usia kanak-kanak lagi, hanya kerana keluarga tidak berkemampuan untuk membeli baju raya walaupun sepasang untuknya. Sepanjang aku kenali beliau, mempunyai sikap yang amat bersabar serta berbudi bahasa. Ketika kanak-kanak lain bergembira di pagi Syawal bergaya dengan baju baru, beliau hanya memakai baju harian biasa. Setiap kali menjelang raya, merupakan detik yang tidak mungkin dilupakan. Sedang adik-beradik lain merengek meminta baju baru kepada kedua ibubapanya, dia pula menahan diri daripada meminta, sebab ibubapa akan memberitahu dia mereka takde duit. Si adik beradik lain seronok berbaju baru, dia pula berbaju biasa.

Kini, beliau lebih berjaya daripada adik-beradik yang lain. Setiap hari raya, beliau boleh membeli baju sendiri lebih daripada sepasang...Alhamdulilllah...



So, moral of the story kat sini...kepada ibu dan ayah kat luar sana...hari raya merupakan hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira oleh kanak-kanak. Jagalah hati kesemua anak kita. Kalau seorang dapat baju baru, sepatutnya adik-beradik yang lain pun berbaju baru. Itu aje...

No comments:

Post a Comment