Thursday, August 27, 2009

Hikmat mengerjakan solat sunat Dhuha...

Lama tak update. Tak de modal nak cerita, and bila idea mula datang kembali, aku pun apalagi...layan...

Ok, this time aku nak bercerita mengenai hikmat dalam mengerjakan solat sunat dhuha. Daripada kajian yang aku jalankan (experiment kat diri sendiri dulu, sebelum menghebahkannya). Sebelum tuh, suka untuk aku ingatkan, dalam mengerjakan sesuatu, sememangnya kita mengharapkan agar apa yang kita impikan/inginkan akan dapat (kalau boleh lagi cepat lagi bagus). Tetapi, haruslah diingat, kita kena datangkan keyakinan dahulu dalam diri bahawa sesuatu yang berlaku ada sebab-musababnya.Dan, kena ingat, Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Keyakinan penting sekali. Kemudian, ikhlas dalam mengerjakannya. Tidak bersikap sambil lewa dan putus asa. Dalam apa jua keadaan, hati kena bersih, berdisiplin dan rajin melakukannya.

Kenapa aku pilih solat sunat dhuha sebagai amalan?
Pertama-tamanya, kerana nasihat dari seorang jiran aku kepada pakcik aku. Tak perlulah aku namakan siapa penasihat terbabit. Tetapi, aku dapat lihat keikhlasan beliau ketika itu. Kedua, pengajaran yang aku ambil daripada sebuah akhbar tempatan (aku dh tak ingat tarikhnya). Dalam akhbar tersebut menceritakan tentang pesanan terakhir seorang abang kepada adiknya - menjaga solat fardhu dan rajin-rajinlah buat solat sunat dhuha. Ketiga, seorang pelajar yang lulus cemerlang dalam setiap peperiksaan. Semuanya akan aku kupas seperti dibawah...

Apa hikmah disebalik solat sunat dhuha?
Bagi menghuraikan persoalan diatas...pertama-tama, solat sunat ini bertujuan memohon kepada Allah SWT untuk dimurahkan rezeki kita dalam erti kata lain - bidang kerja. Contohnya, pakcik aku berkelulusan tinggi. Tapi, entah kenapa berat sungguh rezeki beliau. Walaupun sudah berumahtangga dan mempunyai dua orang anak, beliau masih belum mempunyai pekerjaan yang stabil. Alhamdulillah, berkat daripada kesabaran dan keyakinan beliau kepada Allah SWT, kini beliau boleh tersenyum bangga. FULLSTOP. Aku tak nak cerita lebih detail.
Kedua, pesanan terakhir seorang abang kepada adiknya. Kenapa beliau bersungguh2 menyuruh adik beliau melakukan solat sunat ini? Kerana solat ini mengandungi hikmah yang tersembunyi. Iaitu solat ini merupakan kekuatan kepada manusia.
Ketiga, seorang pelajar yang lulus CEMERLANG dalam setiap peperiksaan. Bukan lulus cukup makan, tetapi lulus CEMERLANG - anugerah dekan. Rahsia beliau, rajin melakukan solat sunat dhuha.

Aku telah melakukan eksperimen ke atas diri sendiri. Alhamdulillah, kerja yang rumit menjadi mudah. Dan, sales untuk office aku menjadi-jadi...

************************************
Bacaan doa solat sunat dhuha (dibaca selesai solat):-
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adlaah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu, kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu, perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit, turunkanlah, jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan, keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh...Amin.
sebar-sebarkanlah perkara yang baik untuk kesejahteraan umat Islam...

No comments:

Post a Comment