Wednesday, August 12, 2009

Semalam punya cerita...

Semalam, aku balik lewat skit dari kebiasaan, sebab technician datang repair machine ofis. Biasalah technician import, kena ikut jadual keje dia. Dan...jadual dia sangatlah padat.

Semalam, entah kenapa angin aku tak berapa elok. Semua gara-gara aku terlalu membanding-bandingkan kerjaya aku yang tak setaraf kelulusan ini. Mulalah aku dah buat assumption yang bukan2 sehinggakan menyebabkan dada aku tersangatlah sesak and kepala aku naik berdenyut2. Inilah akibatnya daripada orang yang banyak sangat tak ada keje yang dibuat dan terlalu berfikir. Kesudahannya, sendiri tanggung sakit.

Berbalik semula kelewatan aku keluar dari ofis, after selesai semua kerja-kerja merepair, aku pun terus aje balik umah. Malas nak singgah kedai beli makanan. Keluar ngan hubby after Isyak terus. Tak tahu nak makan apa. Everyday menu yang sama, sampai ada certain kedai makan kami tak jejak lagi. Because terlalu muak ngan masakannya itu. So, planning punya planning, aku ngan hubby serbu kedai mamak kat area umah aku tuh. Kami suka kedai tuh coz, maggi goreng yang dibuatnya sedap sangat. And, milo ais sangatlah menyengat. Orang putih2 kata ada kicklah...

Kat hujung depan kedai makan tuh, ada satu famili nih. Mulanya aku tak perasan, sebab sibuk nak cari seat baby tuk anak aku. Then, baru aku terperasan bahawa kesemua tiga seat tuh telah diconquer oleh sebuah famili nih. Jadi, aku sengih sorang2 cam kerang busuk sebab malu melilau cari seat tuh. Tapi, satu yang aku perasan pada famili nih...jarak anak terlalu dekat2 dan daripada pengamatan aku, mereka tuh dalam lingkungan keluarga sederhana sahja. Aku nih kan orang yang sensitif...tengok dari segi pakaian diorang, kesian sangat. Dah jadi kelabu asap campur keperang-perangan. Pastu, anak kurus sangat. Mak kepada budak2 tuh pulak, nampak cam tak berapa sihat sangat. Sang ayah pulak, sibuk melayan anak2 nak makan, pun kurus melidi dengan tangan berbalut...mungkin accident kot.

So, bila tengok keadaan mereka, aku jadi insaf. Kat sini moral of the story..."Jangan compare rezeki kita dengan orang di atas, sebaliknya tengok orang yang di bawah kita. Semoga kita bersyukur dengan rezeki yang kita ada. Sebab, Allah dah tetapkan rezeki kita masing2. Dan aku mohon semoga Allah cukupkan rezeki yang diberikan ini. Alhamdulillah, aku bersyukur Ya Allah..."


- Moral of the story : Sebelum tuh (before kuar umah) after solat Maghrib, aku berdoa semoga Allah tambahkan rezeki aku. Tak salah nak minta Allah tambah rezeki, tapi kekadang, manusia jadi tak bersyukur pulak. Jadi, Allah petunjuk kat aku. Dan aku lebih sedar diri kini...

No comments:

Post a Comment