Wednesday, September 8, 2010

Manusia mula menggila...

Di zaman yang serba canggih ini, semua kerja perlu dilakukan dengan cepat dan pantas. Kurang pengambilan pekerja tetapi satu pekerja perlu melalukan multi tasking. Teknologi pun semakin maju dan terkini. Sehingga ramai manusia kini yang mula menghadapi penyakit depression...

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan pada kali ini. Tetapi, kemajuan yang dibina oleh manusia sendiri telah menyebabkan manusia mula bongkak dan sombong...Hidup di dalam dunia moden kononya...tetapi peradaban telah jauh ditinggalkan...

Kesal, itulah yang keluar dari mulutku...Sikap mereka seolah2 lebih bagus daripada orang lain. Mungkin hari ini, hidup kau diibaratkan seperti berada di kemuncak...tetapi, ingat...dunia ini bulat...Jangan dipandang manusia lain seperti tidak punya hak. Aku lebih mengetahui siapa diri aku...Dan siapa engkau untuk menghakimi aku????

Aku bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa memberikan aku rezeki yang tidak putus2...Dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya. Allah sentiasa berada di sisi aku...Dan aku, sangat mencintaiNya...Alhamdulillah...

Kerja...

Kerja merupakan satu ibadah. Dan sesiapa yang mati kerana dalam perjalanan ke tempat kerja atau mati ketika melakukan kerja, dikira sebagai syahid kecil...besarnya pengertian bekerja nih di dalam Islam. Dan Islam juga menggalakkan kita bekerja daripada meminta daripada orang lain. Suka untuk aku ambil satu ayat (yang aku tak ingat dari mana aku baca), orang yang meminta2 daripada orang lain, pada hari akhirat kelak, Allah akan hitamkan wajahnya.

Bagi aku, apa2 bidang kerja (yang halal), tak kiralah bekerja sebagai pencuci toilet pun, aku impress dengan mereka kerana niat mereka adalah untuk meneruskan kelangsungan hidup. Mereka tidak meminta2 dari orang lain dan mereka bekerja dengan tulang empat kerat mereka sendiri...Tidak menyusahkan orang sedikit pun...

Aku bersyukur, di besarkan di dalam sebuah keluarga yang agak besar dan kami semua di didik untuk bekerja sekiranya untuk mendapatkan sesuatu. Aku sendiri, boleh berbangga dengan diri. Aku tidak memilih pekerjaan selepas menamatkan pelajaran dulu. Walhal, kawan2 aku ramai yang pegang jawatan besar, tapi, aku tak malu nak bekerja even dioffer sebagai security guard sekalipun. Pengalaman bekerja aku terlalu banyak dan oleh itu, aku amat menghargai setiap wang ringgit yang aku perolehi...Aku pernah menjadi cleaner toilet, dan aku tak malu mengakuinya. Sebab, aku bekerja dan tidak menyusahkan orang...Setiap wang yang aku perolehi, secara halal dan menggunakan tulang empat kerat aku...

Jangan dijadikan alasan, sekiranya kita berpelajaran tinggi, kita malu nak bekerja sebagai orang bawahan. Hidup ini merupakan sebuah pengalaman yang amat berharga. Terpulang kepada hati sendiri, adakah kita nak menunggu sehingga pekerjaan itu datang (seolah menuggu bulan jatuh ke riba) atau kita mencari pekerjaan yang halal dan habuannya walaupun sedikit, adalah hasil keringat kita sendiri...

Aku, seronok bekerja. Dengan duit itu, aku boleh membayar nurseri anak (dah nak masuk dua), bayar kereta sendiri, makanan untuk diri sendiri (walhal suami ada bagi duit jugak), dan sempat juga aku hulurkan kepada mak aku (walaupun tak banyak, tapi, sebagai tanda mengingati jasa yang pernah ditaburkan oleh mak aku sepanjang membesarkan aku). Walaupun gaji aku tak besar, tapi aku puas...sebab aku bekerja dan tidak sedikit pun menyusahkan orang lain. Aku berbangga diri sendiri...

Cuma satu yang aku sering berdoa kepada Illahi setiap kali selepas mengerjakan solat lima waktu, semoga aku diwaktu tua, tidak menyusahkan orang dan mempunyai duit sendiri untuk menyara hidup aku...Ya Allah, kau berikanlah kesenangan kepada ku di hari tuaku. Amin...

Sunday, September 5, 2010

Tak kisahlah...

Sejak dua menjak nih, aku semakin sensitif. Mungkin disebabkan aku nih mengandung agaknya...Sejak dari peristiwa itu, aku tak lagi balik ke kampung halaman aku...Merajuk membawa hati...Entah sampai bila hendaknya mengikut hati nih...

Segalanya aku pikul sendiri. Bagi aku, tibalah masanya untuk aku berdikari sendiri. Sebab, pengalaman begini, hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Mana mungkin aku boleh kembalikan setiap kenangan2 itu yang hanya boleh diingati dalam kotak memori fikiranku...Biarlah...bila sejuk nanti, aku akan pulang jugak...

Bagi aku, aku boleh menghulurkan kemaafan pada si "x" tersebut, tetapi, bukan mudah aku melupakannya. Sekali hati aku dah tercalar, parutnya tetap ada dan berbekas. Jangan bercakap ikut sesedap rasa dan jangan pula kelakuan melampaui batas...

Update lagi...

Alhamdulillah...Aku masih diberikan nafas oleh Allah SWT sehingga ke hari ini. Syukur dengan nikmat kurniaan Allah, aku diberikan peluang untuk hidup, diberikan rezeki setiap hari (walau kadang2 tak kerjakan solat lima waktu) dan diberikan ruang untuk aku bertaubat, alhamdulillah...

Kini, aku menunggu sangat hari raya yang akan menjelang tak lama lagi...Segala persiapan telahpun dirancang awal dan alhamdulillah segalanya baik2 belaka. Selepas hari raya, aku dijangka akan bersalin pula. Aku doakan agar anak di dalam kandungan nih menjadi seorang yang beriman kepada Allah, taat kepada kedua ibubapa dan berjaya di dunia mahupun di akhirat, Amin...

Bercakap mengenai kejayaan, semua orang mahukan kejayaan dalam hidup. Ada yang berjaya dalam profession, dalam business, dalam perkahwinan, dan macam2 lagilah...Tetapi, yang banyak aku lihat, bila mula berjaya, masing2 tak nak kalah menunjukkan kehebatan dan kekayaan mereka...Alhamdulillah, aku tak cemburu, namun bila dah berjaya masing2 sombong, riak, dan mula memandang rendah pada orang lain...Ingat...dunia ini bulat...Bila2 masa Tuhan boleh ambil balik...Bukankah rezeki itu hak Allah. Dan hak Allah juga nak ambilnya pada bila2 masa...

Dan tak kurang juga, ada yang tak berkemampuan, tapi nak menunjuk2 jugak. Seolah2 banyak sangat harta sedangkan hutangnya keliling pinggang. Sebab nak dapat "good impression" daripada orang lain...Astaghfirullahalazim...mengucap panjang aku...

Bagi aku, biarlah hidup aku begini. Serba sederhana...Apa yang penting, semoga kehidupan aku di hari tua terjamin dan terlepas daripada belenggu hutang yang tiada penghujungnya. Dan...aku tidak menyusahkan keluarga aku dengan masalah yang dicipta sendiri.