Hari ni, aku dapat phone call dari bos aku. Sepatutnya today, last day dia kerja kat sini. Tapi, alasan pulak kata ada assignment nak kena disiapkan. Dia drop-by kejap and tinggalkan access card for cark park and kunci ofis dlm mail box. So, aku yang sememangnya tengah blur2 nih, pun tak tahu apa untung nasib company nih. Sedihnya...
Sepatutnya, bos aku tuh tinggalkan office dengan baiklah. Properly handed over semua keje, nih tidak, tinggalkan hanya kesan tapak kasut. Sebelah side dari Germany pun senyap aje. Takde bagi kata apa2. Yang aku jugak jadi mangsa keadaan. Apa berlaku selepas nih semua jadi tanda tanya. What to do next? Aku betul2 tak tahu. Hati aku rasa tak sedap...
Mungkinkah company nih jugak akan gulung tikar? Seperti yang telah berlaku pada company kat singapura itu? Takpelah...mungkin bukan rezeki aku lagi. Apa yang pasti, aku malas nak fikir benda2 yang menyakitkan kepala aku. Sekiranya itu terjadi, aku serahkan kepada Illahi...Dia lebih Mengetahui apa yang terbaik buat aku. Aku hanya insan kerdil yang tak punya apa2. Aku hanya punya Tuhan, Allah tempat aku bersandar dan tempat aku mengadu...Ya Allah, tenangkanlah hati aku yang bergelora nih. Amin...
Tuesday, October 27, 2009
Thursday, October 15, 2009
Lanjutan dari I feel down today...
Perasaan aku nih aku sedari dah lama, aneh rasanya. Macam serba tak kena, hati tak tenteram aje memanjang...Ditambah pulak perisa bos aku nak resign, jadi tak keruan aku nih. Balik keje semalam lewat, hubby aku dh amik anak sebab dia balik awal semalam. Sampai umah, bagi cadangan kat suami makan kat luar, KFC. Sebelum tuh, memasing duk leka tengok national geographic kat tv1 sampai waktu maghrib dah dekat nak habis. Memasing saling nak suh orang nih sembahyang dulu. Penyudahnya, suami aku sembahyang dulu. Yang anak aku pulak, terberak pulak...Dh keje nak bersihkan dulu berak dia tuh...Abis basuh berak dia, anak aku buat perangai tanak pakai pampers. Aduhai...solat pun lum buat lagi, apa lagi naik angin aku dibuatnya...Entahlah...
Takde masalah nak cari masalah...Mungkin silap diri sendiri. Kalau buat keje tak bertangguh, pasti keja selesai dengan cepat...Tp, tulah...sikap tuh susah nak ubah. Ada aje alasan. Penghabisnya aku duk tension sengsorang...Nangis kat suami, cerita yang aku pressure...Dia pujuk aku...Sayang ngat kat suami aku. Sabar sungguh melayan perangai aku yang tak hape nih. Lepas abis nangis-nangis tuh, aku treat diri aku dengan makan sedap, KFC. Kekadang, kena pampered jugak diri nih. Yelah, tak boleh bagi pressure sangat, takut ada fius tercabut, lagi susah.
Balik umah, aku yang tengah weng-weng nih, tidur dulu. Anak aku sibuk main sengsorang, ayah dia sibuk duk melayan. Aku memang letih, otak aku jammed and badan aku sungguh kepenatan. Bangun balik dalam kul 2 pagi. Buat sembahyang solat sunat taubat, mohon taubat kepada Allah...Then, buat solat Isyak. Pehtu, aku baca Quran, baca surah Al-Baqarah dengan terjemahan. Terus aje tenang dan damai aje jiwa yang bergelora tuh. Sampai satu ayat tuh, aku terus aje stop. Terkesan dengan bait-bait ayat tuh. Alhamdulillah...aku rasa tenang sangat...
Pagi nih pulak, masuk ofis, terus surf website Quran Explorer. Sambil dengar bacaan Al-Quran, aku baca terjemahan. Alhamdulillah...aku rasa tenang sangat2. Betul, aku tak tipu. Mungkin, sebelum nih jiwa aku kosong. Bila dengar bacaan Al-Quran, terisi jiwa yang kosong tuh. Teringat aku dengan sepotong ayat, yang entah mana aku baca aku pun tak ingat, lebih kurang ginilah ayatnya "Bukan perut aje perlu diisi dengan makanan, malahan jiwa kita juga perlu diisi dengan makanan berupa ayat-ayat Al-Quran, supaya jiwa kita tenang dan aman...

******************************************
Sebelum nih, dalam previous post, aku ada cakap yang aku ada janji perlu dilaksanakan. Ya, aku berjanji untuk berubah aka aku nak berhijrah. Mungkin penghijrahan aku nih mengambil masa tetapi aku berjanji untuk berubah. Dan, Allah Amat Mengasihi dengan orang yang suka membuat perubahan ke arah kebaikan. InsyaAllah...
Wednesday, October 14, 2009
I feel down today...
Entahlah...sejak dari bos aku kata nak resign tuh, aku dh mula duk rasa tak sedap hati. Semua yang aku buat semua jadi serba tak kena, tak menentu aje dibuatnya. Pehtu, aku ada luahkan perasaan hati aku nih pada suami, mak and kak sue, masih lagi perasaan tuh camtuh gak. Kenapa aku rasa 'down' sangat wehh??? Can somebody please help me, how can I get rid of this feeling that I feel lately???
Aku sempatlah bagi sepatah dua kata kat bos aku tuh i.e. timbunan advice aku kasi kat dia. But, dia dah made his own decisian and its final, kata dialah...So, aku diamkan ajelah. Dalam hati, sedih gak, dia seorang bos yang baik. Life has to go on, eventhough its turn upside down. Aku kena naikkan semula semangat bekerja aku. Pandang pada anak aku...pandang pada diri sendiri. At least, habuan akhir bulan, menyedapkan hati aku yang tengah gundah gulana nih.

********************************
Aku berazam pada diri aku, tanak cari bahan gosip buat modal bercerita. Cukup2 lah tuh. Aku rasa, zaman muda belia dah berakhir. Suami aku kekadang pun tak paham ngan aku, suka aje surf internet baca kisah2 artis itu ini, seronok agaknya baca kesengsaraan orang. So, sekarang aku dah berazam nak ubah tabiat buruk aku tuh. Aku nak berubah ke arah kebaikan. Menjaja cerita orang hanya mengundang dosa...lagipulak kalau aib orang didedahkan. Aku teringat pesan wan aku "Kalau kita jaga aib orang, di akhirat kelak, Allah akan tutup aib kita". So, aku sekali lagi nak ingatkan diri, bertaubat kepada Allah atas dosa-dosa yang dilakukan, serta jangan mengulanginya lagi...
*********************************
Anak aku, Aisyah dan setahun dua bulan. Pejam celik-pejam celik, masa berlalu terlalu pantas. Tak sedar anak yang dulu aku lahirkan kini dah pandai berjalan, riuh dengar suaranya ketika ketawa dan nyaring suara dia ketika menangis. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kurniaan Allah. Mama doakan Aisyah, anakku agar selamat di dunia dan akhirat. Amin. InsyaAllah, janji aku kepada Allah akan aku lakukan satu persatu...
Thursday, October 8, 2009
Berita sedih yang ku terima...
Pagi tadi, masa aku duk sibuk menggosok baju, aku bercerita kepada suami tentang mimpi yang aku alami...Aku mimpi manager aku berhenti...Dalam mimpi tuh jugak, aku bermimpi yang aku terpaksa bekerja teruk selepas bos aku resign i.e. kena balun dengan orang atasan kat germany sana...Tapi, itu adalah mimpi semata-mata...
Dalam perjalanan aku ke ofis, aku menerima satu lagi berita sedih. Tapi, yang ini real punya. Aku menerima perkhabaran tentang kematian saudaraku, iaitu 'ya' telah dijemput Illahi malam semalam...Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah koma dua hari. Yang paling menyedihkan, beliau telah meninggalkan dua orang cahaya mata i.e. seorang sebaya dengan anak aku, 1 tahun setengah dan seorang lagi berumur 23 hari. Beliau meninggal semasa dalam pantang. Beliau meninggal akibat demam panas yang berpanjangan serta kena sawan. Dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa paru-paru beliau telah dijangkiti kuman dan otak beliau juga dijangkiti kuman. Innalillahiwainnailaihirajiun...
Kemudian, berita yang aku mimpi pula menjadi kenyataan. Benar, manager aku berhenti. Tamparan yang maha hebat untuk aku pada hari ini.
Apapun, hidup perlu diteruskan. Tuhan lebih menyayangi saudaraku itu...Sudah semestinya suatu hari nanti, aku juga dijemput oleh Illahi, cuma belum pasti bila. Doaku agar kau bersemadi dengan aman disana. Amin...Dan, keputusan manager aku berhenti juga adalah ketentuan Illahi. Setiap manusia diuji oleh Tuhan dengan bermacam dugaan. Doakan yang terbaik sahaja...

Wednesday, October 7, 2009
Mencari Kerja...
Biasanya, kalau sampai ofis awal and kebetulan time tuh takde rush job, aku pun apa lagi duk mencari2 kerja kosong yang sesuai dengan aku. Kalau boleh, aku prefer bidang kerja yang sama...lagipun, serasi dengan buat2 kerja nih.
Dah 3 tahun aku kat company nih. Memang aku banyak dapat ilmu yang sangat bermanfaat. Alhamdulillah, bos aku setakat nih, semua baik2...cumakan, bila dah 3 tahun duk kat sini, dengan tak merasa increament, aku rasa cam tak bestlah...Yelah, kita kerja mestilah nak dapat imbuhan. Lagi rasa seronok bekerja sekiranya kita dapat kenaikan gaji. Makin bertambah rajinlah pekerja tuh. Takpelah, mungkin bukan rezeki aku. Dan, aku bersyukur seadanya yang aku masih bekerja. At least, bila tiba hujung bulan, bila teragak nak makan sesuatu, tak payah pikir dua tiga kali...menderu terus pergi.
Apa yang penting bagi aku, aku tak putus asa dalam menghadapi hidup ini. Aku teruskan perjuangan hidup. Aku percaya, dengan usaha aku yang kecil ni, boleh membuatkan kehidupan aku lebih selesa ketika usia tua nanti. Dan, mungkin juga sebagai suatu petanda yang Tuhan nak tunjukkan pada aku supaya lebih berjimat-cermat. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama lama jadi bukit.
Setakat nih, aku bukanlah dari kategori perempuan yang suka membazir duit tak tentu hala tuju. Sebelum aku beli sesuatu yang aku rasakan tak berfaedah, aku memang akan berfikir beribu kali. Aku biasanya teringat anak kat umah...Susu dia cukup ke, atau pampers tuh cukup sampai sebelum aku dapat gaji ke...macam tulah selalunya...Bagi aku, biar aku tak puas makan, janji anak kat umah tak kebuluran...Biasalah, kasih sayang seorang ibu kepada anaknya...
Aku juga percaya...apa yang berlaku ini tersembunyi hikmahnya. Mendidik aku supaya lebih bersabar, tenang dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Lebih ramai orang yang lebih susah dari kita...bersyukur aje dengan pemberianNya...

Penama EPF
Syukran...setelah banyak kali berfikir, aku dengan nekadnya telah berjaya meletakkan penama dalam EPF aku. Alhamdulillah, selesai satu perkara. Bukan banyak pun duit dalam EPF aku tu, tapi, sekurang-kurangnya, ada jugalah untuk anak, suami dan ibu aku kalau sekiranya aku terlebih dahulu dijemput Illahi. Bukan kita mempercepatkan ajal kita, tapi, beringatlah sebelum kita menyesal. Ajal maut ditangan Tuhan. Mungkin esok, lusa dan masa depan, tiada siapa yang tahu.
Sepanjang 6 tahun bekerja, pelbagai nasihat dan pengalaman orang yang lebih tua menyedarkan aku tentang banyak perkara. Aku berfikir dan renungkan segala nasihat baik buruk semuanya aku teliti satu persatu. Apa yang penting, kebajikan keluarga diutamakan. Aku tak mahu, kalau aku tiada di dunia ini, hidup anak aku tak terjaga atau tak terbela. Bak kata orang-orang tua yang masih aku pegang hingga kini, hinanya besi kerana karat, hinanya manusia kerana melarat.
Aku kini berazam untuk membeli rumah dengan menggunakan pendapatan sendiri. Bukan mahu menunjuk-nunjuk jauh sekali mahu mendabik dada, tapi, masa depan siapa yang tahu. At least, anak-anak aku ada tempat untuk berteduh sekiranya apa-apa terjadi padaku. Rumah tuh pulak, perancangannya mahu diletakkan ke atas nama aku seorang. InsyaAllah, jika izin dari Allah, perkara itu akan terjadi tak lama lagi...
Wallahualam...

Sunday, October 4, 2009
5th October 2009
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi, kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNya. Aku masih diberi peluang untuk bertaubat, beramal ibadat dan melakukan kebaikan serta kebajikan...
Sejak pulang dari berhari raya di kampung suami, kini tibalah masanya melawat dan menziarahi sanak saudara sebelah aku. Walaupun, raya tahun ni agak sukar sikit (gaji tak masuklah, bonus pun takde)...aku menyambut Syawal dengan gembira sekali bersama suami dan anakanda yang tercinta. Sebenarnya, aku dh buat preparation awal2. Aku macam dh dapat agak gaji masuk lambat n bonus takde nih, jadi, koreklah mana2 bank yang masih berduit tuh. Aku nak anak aku bergembira di hari raya. Lagipula, Syawal sepatutnya diraikan dengan suasana penuh meriah dan gembira...Tak mahulah ada pula yang bergenang air mata...
Memang menjadi amalan dalam keluarga aku...Sebelum menjelang Syawal, persiapan memang dilakukan seawal mungkin bagi mengelakkan ketiadaan budget. Contohnya, 2 atau 3 bulan sebelum raya, aku dah start menyimpan. Jadi, masalah budget tuh, boleh diatasi. Disebabkan aku dh mempunyai anak, aku pun, buat persiapan tuk si kecil tuh dahulu. Untuk aku dan suami, lewat skit pun takpe. Tapi, prinsip aku, raya mesti ada baju baru. Tak kisahlah walaupun sepasang aje.
Ini berdasarkan pengalaman hidup seseorang yang aku kenali (tak perlu disebut nama, aib orang jgn dibuka) menjadi iktibar buat diri aku. Dia merupakan sahabat karib aku, kami kenal ketika sama-sama belajar di IPTA. Banyak cerita pahit manis dikongsi bersama. Namun, apa yang paling mengharukan aku adalah, hari raya baginya sama sahaja. Kemeriahan berhari raya menjadi hambar sejak dari usia kanak-kanak lagi, hanya kerana keluarga tidak berkemampuan untuk membeli baju raya walaupun sepasang untuknya. Sepanjang aku kenali beliau, mempunyai sikap yang amat bersabar serta berbudi bahasa. Ketika kanak-kanak lain bergembira di pagi Syawal bergaya dengan baju baru, beliau hanya memakai baju harian biasa. Setiap kali menjelang raya, merupakan detik yang tidak mungkin dilupakan. Sedang adik-beradik lain merengek meminta baju baru kepada kedua ibubapanya, dia pula menahan diri daripada meminta, sebab ibubapa akan memberitahu dia mereka takde duit. Si adik beradik lain seronok berbaju baru, dia pula berbaju biasa.
Kini, beliau lebih berjaya daripada adik-beradik yang lain. Setiap hari raya, beliau boleh membeli baju sendiri lebih daripada sepasang...Alhamdulilllah...
So, moral of the story kat sini...kepada ibu dan ayah kat luar sana...hari raya merupakan hari yang sepatutnya diraikan dengan gembira oleh kanak-kanak. Jagalah hati kesemua anak kita. Kalau seorang dapat baju baru, sepatutnya adik-beradik yang lain pun berbaju baru. Itu aje...

Subscribe to:
Posts (Atom)