Monday, August 3, 2009

4th August 2009 - Hargai Hidup Ini...

Lama tak update. Takde masa and tak ada modal, that's why menyepi. Kali nih, aku nak publish entry 'Hargai Hidup Ini'. Mungkin agak skema, tp, ini adalah motivasi tuk diri aku sendiri. Dan aku buat blog nih pun bukan tuk tatapan orang lain, its basically for me...

Aku masih ingat lagi bait-bait lirik kumpulan Nasyid Rabbani...Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:-

i. Sihat sebelum sakit
ii. Muda sebelum tua
iii. Lapang sebelum sempit
iv. Kaya sebelum miskin dan
v. Hidup sebelum mati

Related with my life.
i. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang aku masih sihat. Cuma, mungkin sedikit lelah dengan kerja harian di rumah dan di pejabat. Thanks to lovely hubby (helped me a lot with house chores) and so far...i managed to do everything on my own.

ii. Skrg pun, tgh dalam peringkat muda lagi. Dan...mungkin aku sikit lagi nak masuk alam 'tua' - pelupa...Hmmm...mungkin banyak sangat minum air bersemut atau terlalu banyak makan pun boleh buat seseorang gelap hati dan pelupa.

iii. Alhamdulillah...hidup aku tak terbeban dengan hutang. Tp, tak tahulah in future, aku hidup berhutang pulak. Setakat hutang PTPTN tuh, aku masih bayar lagi. Lagipun, kalau katalah aku mati, suami aku atau penjamin aku tak terbeban dengan hutang PTPTN aku tuh. Setiap peminjam dilindungi dengan insurans. Mungkin hidup aku tak semewah orang lain, tapi, nikmatnya tak berhutang...hanya aku yang dapat rasai...Alhamdulillah, syukur kepada Illahi.

iv. Hidup aku biasa-biasa sahaja. Nak kata mewah, tak juga. Nak kata miskin, tak juga. Hidup aku sederhana sahaja. Dan aku harap ia berkekalan begini. Teringat sepotong ayat daripada sebuah hadith "Barangsiapa yang menjaga solat 5 waktunya setiap hari, nescaya Allah akan melapangkan dan mencukupkan rezeki bagi mereka"...

v. Yang ini, memang aku tak dapat nak relatedkan. Coz, hidup kita semua dalam kekuasaan Allah SWT. Mungkin pada hari ini masih hidup, keesokkannya telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Cuma, jadilah hamba yang mentaati segala suruhan dan tinggalkan segala laranganNya. Maha Suci Allah, ampunilah aku yang banyak berbuat dosa kepadaMu.


***************************************

Dulu, aku amat berbangga dengan pencapaian aku, namun aku tak sedar bahawa ramai lagi yang jauh lebih hebat daripada diri aku. Dan, ada masanya aku merasakan diri aku jauh ketinggalan dari belakang daripada orang lain. Aku malu...namun kini aku sedar, jangan mudah berputus asa. Manusia yang dilahirkan di dunia ini adalah sama sahaja. Yang membezakan setiap mereka adalah usaha dan pengalaman hidup. Jadi, aku tak mahu lagi menoleh ke belakang bimbang akan terus hanyut. Kini, aku mahu pandang ke depan...Aku ingin menjadi manusia yang berusaha untuk mencapai setiap kejayaan.

No comments:

Post a Comment