Thursday, July 9, 2009

10th July 2009 - I loves being me...

Penyakit Anxiety. Ye, itulah salah satu penyakit jiwa yang telah melanda banyak manusia di dunia yang semakin komplex ini. Penyakit2 seperti ini berlaku oleh kerana cara atau gaya hidup moden ditambah2 pulak dengan hidup dalam suasana mencabar serta banyak persaingan. Aku tanak bagi komen banyak, senang cerita, bagi penderita seperti ini, ubat penenang adalah sangat penting supaya kewarasan akal dan kesihatan mereka terjamin. Dan, mereka tak boleh berhenti makan ubat tuh sesuka hati. Sebab penyakit ini mungkin boleh berulang lagi.

Kebiasaannya, penderita penyakit ini terdiri dari orang yang suka menyimpan masalah dalam diri mereka. Jadi, apabila banyak sangat masalah datang bertimpa-timpa menyebabkan bom jangka mereka meletus. Dan kemeletusan itu telah menyebabkan mereka boleh bertindak atau melakukan pelbagai perkara diluar batasan. Tanda-tanda mereka yang mengalami penyakit seperti ini adalah sukar lelapkan mata atau terlebih banyak tidur, suka berfikir bukan2, rasa berdebar2, rasa diri tak berguna, tak suka bergaul dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, penderita penyakit tak perlulah rasa malu dan hakikatnya ramai yang mengalami penyakit ini. Mungkin ada jugak yang malu dan tanak mengakui penyakit ini. (Tak dapek den nak bantu)...Spesis orang seperti ini adalah manusia 'sombong'. Enough said.

So, dalam hal ini, kita kena berbalik kepada Yang Maha Pencipta. Bukankah Al-Quran itu diturunkan sesuai untuk manusia sehingga akhir zaman? Sebenarnya, penyakit ini datang untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah SWT. Hakikatnya, ramai yang terlepas pandang dan tidak menyedarinya. Namun, alhamdulillah dan syukur kepada mereka yang menyedarinya. Apabila Allah turunkan penyakit, ini bermakna Allah menyuruh kita mengingatiNya. Menjalani segala arahan dan perintahNya. Aku sendiri, bila baca Al-Quran, rasa tenang, selesa dan aman...Itulah hikmahnya bagi yang membaca Al-Quran...

Aku bila datang masalah bertimpa2, sayu dan hiba hati. Mulut nak bercerita pada orang, tapi, hanya menambahkan lagi luka di hati apabila respons yang diberi agak mengecewakan. Bukan semua orang boleh mendengar masalah kita. Masalah memang seharusnya dikongsi dengan orang untuk mengurangkan rasa terbeban di hati, namun pilihlah orang yang sesuai. Tp, bila masalah masih tak dapat diselesaikan walaupun setelah berkongsi dengan orang lain, dekatkan diri dengan Allah, Yang Maha Pencipta. Itulah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Maha Suci Allah...Tuhan sekalian alam...

Anyway, penyakit ini bukanlah kategori penyakit gila. Ia adalah lebih menjurus kepada ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak. Jadi, kepada sesiapa yang diluar sana yang mempunyai keluarga penyakit seperti ini, berilah mereka perhatian yang sewajarnya. Sebab, kajian mengatakan mereka ini mempunyai riwayat hidup yang pendek. Hargailah mereka sementara masih ada...at least bila mereka dah tiada, kenangan indah bersama mereka menjadi pengubat ketika rindu...

"Memang lumrah perangai manusia, bila senang dan kaya ramai datang menghimpit, tapi apabila sesuatu musibah datang semua bertempiaran lari...semoga aku bukanlah dikategori mereka yang melarikan diri. Aku tidak kaya tetapi kaya dengan kasih sayang...alhamdulillah".

No comments:

Post a Comment