Lagi2 perasaan itu datang lagi...tak pernah rasa puas dengan apa yang ada. Semalam, sepatutnya aku mc, tp dtg jugalah kat ofis prepare invoice untuk urgent order for one of our good customer. Aku ingat2 dan berkira2 dlm tengahari skit nk calo sbb kesihatan yang kurang memuaskan. Tunggu jugalah kalu free lance technician tuh masuk kot2 dia nak minta payment...penat wat keje, mestilah nak duit. So, tunggu punya tunggu tak jugak masuk...then, aku call dia kata aku tak dapat lagi nak tunggu sebab aku mmg betul2 tak sihat...
Sebenarnya, bukan kesihatan aku aje yang kurang sihat, perasaan aku kacau...berkecamuk...semalam, aku buka laman sosial yang sgt famous kini. Seperti biasa, ramailah yang cuba menunjukkan kekayaan hidup masing2 dan betapa berjayanya mereka dalam hidup ini...aku memandang lemah, membandingkan hidup aku yang sangat sederhana dalam serba serbi. tiada kereta mewah jauh sekali berumah sendiri. hampir satu dunia sudah dikelilingi sedangkan aku hanya habis berpusing di dalam rumah sewa sendiri...aku bertekad pulang ke rumah dengan berbekalkan kesihatan yang kurang memuaskan dan jiwa yang berkecamuk...kacau...
sampai di rumah, memang aku peruntukkan sepenuh masa tidur, jangan difikirkan benda2 mengarut itu...manusia memang tak pernah puas...tak pernah bersyukur...lebih kurang pukul 4 ptg aku tersedar daripada tidur. Aku cepat2 ambil wudhu dan sembahyang zuhor...selesai solat, aku ambil Quran dan mula membaca...tenang...tiada lagi perasaan gundah datang. hampir masuk waktu solat Asar, aku terus mengaji...kemudian diteruskan dengan solat Asar. Tak cukup lagi, aku perdengarkan pula ceramah dari Ustaz Azhar...Kini hati aku mula bulat kepada satu perkara...
AKU INGIN MEMPERHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH, DAN BUKAN KEPADA HARTA DUNIA. MANUSIA MMG TAK PERNAH PUAS, JADI, BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG KITA ADA...AKU TERLUPA BAHAWA HIDUP INI BUKAN HANYA MENCARI HARTA TETAPI YANG LEBIH PENTING LAGI CUKUPKAH BEKALAN DI AKHIRAT NANTI...ADAKAH HIDUP AKU AKAN TENANG SEKIRANYA AKU MEMPUNYAI LEBIH BANYAK HARTA??? ADAKAH HARTA TERSEBUT BOLEH MEMBANTU AKU DI AKHIRAT KELAK??? RUPANYA AKU TELAH LAMA HANYUT DENGAN DUNIA INI SEHINGGA LUPA DIRI...YA ALLAH, AMPUNILAH AKU...BUKAN DUNIA YANG AKU CARI, SEBALIKNYA AKHIRAT NANTI...AKU BERDOSA YA ALLAH...LALAINYA AKU. MALU SENDIRI...
Monday, June 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment