Sunday, May 8, 2011

Iktibar untuk diri sendiri

Sabtu lepas, kawan hubby datang umah. Katanya, nak mengadu hal. Suami aku, mana boleh tinggalkan aku ngan anak2, habis semua seisi keluarga diangkut sekali. Maka, hilanglah privasi si kawan ini untuk menceritakan masalah...Dengan anak2 aku yang buat perangai, sekejap naik meja, yang sorang lagi pulak tak duk diam...asyik nak mencapai makanan dalam pinggan aku...Eerk, aku pulak yang naik lemas...

Akhirnya, mungkin perasaan si kawan yang makin dipendam, makin pulak sesak dada, diberitahu jualah masalah yang dihadapi. Kesian...nak naik pelamin bulan 6 nanti, tapi, diberhentikan kerja jugak bulan 6 nanti. Aku terkedu...dalam hati terdetik, teruk ke ekonomi sekarang nih???

Walau sekeras mana hati lelaki, akhirnya, tumpah jua air mata di pipi...Aku memandang lemah...Aku tenung wajah anak aku satu persatu...Dalam hati berdoa, semoga dijauhi perkara sebegitu berlaku dalam keluarga aku. Sedih :(

Hurm...entahlah

Aku tak pasti, betul ke keputusan yang aku buat tuh??? Kesian jugak aku tengok new manager aku tuh. Dia, seorang yang tidak kedekut ilmu, rajin dan mempunyai semangat yang tinggi. Tp, aku, selaku seorang yang diberi kepercayaan dan amanah, aku tak pasti adakah tindakan aku ini betul atau tidak. Sekurang2nya, aku meminta pandangan dari pihak atasan sebelum aku membuat keputusan yang akhirnya menjerat diri sendiri. Kami bertegang leher (secara profesional dan matang).

Penghujungnya, dia meminta maaf. Katanya, dia berasa malu kerana bertegang urat dengan aku. Katanya, tindakan aku betul...tapi, aku pulak yang rasa serba-salah. :(

Tuesday, March 15, 2011

I have my dreams...Hope it could be realised someday...

Hehehe...Selalu gaklah aku berborak2 ngan laki aku. Lepas penat2 bekerja, aku rasa aku nak simpan niat untuk memanjakan diri sendiri. Kiranya, every good efforts boleh dapat impian mereka. Errr...aku berharap dan idamkan sebuah motorsikal besar...Err, boleh tak?

Aku memang minat menunggang motorsikal. Boleh berbanggalah dengan diri sendiri, even tak pergi kursus pun, aku still boleh drive sendiri. Errr, cita2 ini berdasarkan dari pengaruh suami - InsyaAllah, umur 40-an impian ini akan tercapai. Errr, lepas diambil kira bayar hutang loan dan hutang keretalah...

Hopefully by then, aku kena lebih berusaha keras mencari duit untuk membeli sebuah superbike yang aku impikan...Sorang satu kendong anak...VRROOOOOMMMMM...:)

Thursday, March 3, 2011

Just want to be myself

Agaknya, manusia nih memang tak pernah nak bersyukur. Bukan kata kat saper2, termasuklah diri aku nih...Yelah, dari satu segi, aku bersyukur sebab Allah masih bagi aku rezeki. Walaupun, no increament, at least, aku akan lebih beringat...Bos tak bagi increament, kena menyimpan lebih, heee...

Dalam pada tuh, aku kena lebih berhati2...aku tak tahu camner perangai sebenar bos baru nih...jenis tikam belakang ke, atau apa...yang penting, aku bekerja kerana Allah Taala...Bos tak appreciate, lantaklah korang. Janji, Allah hargai apa aku buat sebab aku bekerja sebab nak cari nafkah untuk keluarga dan ikhlas kerana Allah Ta'ala...

Notes: Sekiranya aku mati kerana mencari nafkah keluarga, sama seperti aku berjihad di jalan Allah...Alhamdulillah, tenang hati...

Wednesday, February 23, 2011

Masalah create sendiri...tanggunglah...

Tulah...nasib baik aku nih jenis berfikir panjang. Menunjuk yang kau tu manusia terbaik dalam segala hal - pandai masak, baik hati, serba rajin, serba serbi baik...Haa, masalah yang ko create tuh skrg kan dah makan diri ko sendiri...

Buat baik berpada2. Dah tuh, harap orang aje nak membantu. So sekarang, masalah ko tuh, solve sendiri ye. Aku takde masa nak kongsi masalah ko tuh. Lagipun, kami anak beranak tak ada kena mengena ngan masalah tuh...

Notes : Bila terlalu tunjuk diri kita perfect, manusia still akan cari kelemahan kita. Accept ajelah, kita manusia, tak pernah tak buat silap...Dalam lembut2 dia tuh, rupanya degil /keras kepala. Patutlah asyik kena marah ngan hubby...

Ada ke patut???

Setiap hari, aku melalui hari yang membosankan. Dan, untuk menghilangkan rasa kebosanan yang ketara, aku pun tengok masuklah FB tuh. Aiii...rupanya, ada jugak manusia yang perasan diri dia bagus sangat...Pulak dia kata kita stalker...Pelik sungguh...

Setakat ini, takde pulak aku timbul perasaan cemburu ke, dengki ke - tapi aku happy tengok kawan2 yang berjaya. Bagi aku, kalau orang nak view page kita, maksudnya orang tuh suka tengok kita...Berlainan dengan minah nih. So, tuk elak kepala aku serabut, aku pun 'delete' dia dari friendlist aku...Habis cerita...

Sekarang nih, kalau aku letih nak melayan perangai orang yang menjengkelkan, aku buat keputusan yang sangat drastik. Dari buat aku sakit otak or sakit hati so better jauh2 dari hidup aku. Cam seseorang tuh...Cukup manis berjanji nak menjemput aku kononnya mandi kat "pool" dengan family. Abis tuh, nak buat makan2. Alih2, semuanya janji kosong. Aku nih, bukan budak2 sekolah/hingusan tau. Kalau rasa tak mahu nak jemput, jangan tabur janji. Aku pun tak suka nak hang out ngan orang2 kaya nih. Lagi pulak masing2 nak tunjuk kete mewah, rumah besar, duit banyak, baju lawa, habis satu dunia dah kelililng etc etc...Ada aku heran??? Sejauh mana harta2 korang tuh boleh membantu? Agak2 boleh bawa masuk kubur ke? Aku ingat selama nih, mereka2 nih ikhlas nak memulihkan hubungan kekeluargaan yang renggang, but...rupanya tak boleh tengok orang ada improvement dalam hidup. Agaknya, kalau boleh kita masih berada di takuk lama dan dia serta keluarga mereka kekal kaya raya...

Cukup2lah...you all pun dah tua bangka. Position pun kemain lagi, kan? Sepatutnya lebih matured dalam bab-bab nih. Cukuplah...aku dah sedar diri kini. Tak payahlah nak jemput aku ke mana2 majlis makan2 anjuran korang - sebab aku takkan pergi lagi. Mungkin, ikatan kekeluargaan ini tak mungkin dapat dipulihkan. What had happened in the past...akan terus jadi sejarah...Aku nak bina hidup yang baru tanpa you all...Bye2...

Notes : Kepada orang2 yang berkenaan kot2 tau sapa aku nih, insaflah. Sampai bila hidup nak berlagak, kot2 bila mati kelak, ramai ke saudara mara nak kirim sedekah al-fatihah.

Wednesday, September 8, 2010

Manusia mula menggila...

Di zaman yang serba canggih ini, semua kerja perlu dilakukan dengan cepat dan pantas. Kurang pengambilan pekerja tetapi satu pekerja perlu melalukan multi tasking. Teknologi pun semakin maju dan terkini. Sehingga ramai manusia kini yang mula menghadapi penyakit depression...

Tapi, bukan itu yang aku nak ceritakan pada kali ini. Tetapi, kemajuan yang dibina oleh manusia sendiri telah menyebabkan manusia mula bongkak dan sombong...Hidup di dalam dunia moden kononya...tetapi peradaban telah jauh ditinggalkan...

Kesal, itulah yang keluar dari mulutku...Sikap mereka seolah2 lebih bagus daripada orang lain. Mungkin hari ini, hidup kau diibaratkan seperti berada di kemuncak...tetapi, ingat...dunia ini bulat...Jangan dipandang manusia lain seperti tidak punya hak. Aku lebih mengetahui siapa diri aku...Dan siapa engkau untuk menghakimi aku????

Aku bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa memberikan aku rezeki yang tidak putus2...Dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikanNya. Allah sentiasa berada di sisi aku...Dan aku, sangat mencintaiNya...Alhamdulillah...